Saturday 18 February 2012

Berkat membaca BISMILLAH

Ada seorang wanita tua yang taat beragama tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu membuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa dimulai dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya sentiasa mengejek “Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-kejap Bismillah. Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari, suaminya berkata,nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata : “simpan duit ini”. Isterinya mengambil duit tersebut dan menyimpan ditempat yang selamat. Disamping itu, suaminya telah melihat tempat yang disimpan. Kemudian dengan senyap-senyap dia mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian, dia memanggil isterinya dan berkata : “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan”. Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat itu dengan membaca Bismillahirrahmanirrahim.
Ketika itu, Allah menghantar malaikat Jibril untuk mengembalikan beg duit itu dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjatnya dia. Dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya. Ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Friday 17 February 2012

kenapa perlu sabar?

kenapa perlu sabar??

asalammualikum...

Hari ni kan sya nak kongsi sikit cerita sikit hooho..^_^

kenapa aku di uji dengan macam-macam cobaan? aku ni jahat sangat ke? eh...aku mesti bukan orang yang baik?

1st jika menghadapi segala cobaan dari ALLAH SWT perlulah sabar menghadapinya dan menerima seadanya kerana disebalik yang berlaku ada hidayahnya.Minta lah pertolongan ke pada ALLAH SWT sesungguhnya ALLAH lebih tau apa yang terbaik untuk umatnya


"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah )


Dan di dalam menggerjakan suruhan ALLAH juga tentu berbgai masaalah menimpa.Tetapi jika diri ikhlas melakukannya dan kerana ALLAH tentu akan ALLAH bagi jalan lurus dan mudah untuk mengerjakannya..


"Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan". ((Hud 11:115) 


ALLAH SWT juga menyediakan syurga bagi orang-orang yang sabar dengan cobaannya..subahanALLAH sungguh besar nikmat SABAR ini dan tiada tolok bandingnya kekuasaan ALLAH..

Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginyabalasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; - (Ar-Ra'd 13:22) 


Bago orang-orang yang sabar ALLAH SWT menghapus dosanya..besar balasan ALLAH SWT terhadap hambanya yang sabar..



Rasulullah SAW menggambarkan dalam sebuah hadisnya; Daripada Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda; "Tidaklah seorang muslim mendapatkan kelelahan, sakit, kecemasan, kesedihan, bahaya dan juga kesusahan, hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan dosa-dosanya dengan hal tersebut". (HR. Bukhari & Muslim)

Thursday 16 February 2012

~Bilal bin Rabah~

Bilal lahir di daerah Al-Sarah yang terletak dipinggir Kota Mekah 43 tahun sebelum Hijrah. Ayahnya bernama Rabah dan ibunya bernama Hamamah, seoran wanita berkulit hitam. Sebab itulah Bilal selalu disebut dan diejek dengan gelaran Ibnus-Sauda’ yang bermaksud “Putera Wanita Hitam”. Ibu bapanya adalah hamba dan Bilal dilahirkan sebagai seorang hamba kepada keluarga Bani Abdul Dar.


Liku-liku pahit perjalannya hidupnya bermula bila kedua ibu bapanya yang berpindah dari Habsyah untuk mencari penghidupan baru di Kota Mekah dirompak di pertengahan jalan, ditangkap dan ditawan, seterusnya dijual di pasar Ukaz, lalu dibeli oleh keluarga Bani Abdul Dar.


Kedua ibu bapanya dipaksa bekerja siang dan malam dan dilayan dengan kejam oleh tuannya. Mereka tidak diberi makan dan rehat yang cukup. Pernah suatu hari abang kepada Bilal menangis kerana terlalu lapar, lalu ibunya mengambil sekeping sisa roti dari rumah tuannya, namun bila ternampak oleh tuannya, ibu Bilal di pukul dan rottka a 100 uqiyah emas pun dia sanggup membelinya. Abu Bakar pun mengambil Bilal lalu memerdekakannya! Bagi Abu llah s.a.w untuk menggantikan Bilal untuk melaungkan azan, tetapi malangnya azan itu dilaungkan secara tidak ikhlas sehingga suara azan tidak bergema seperti selalu dilaungkan oleh Bilal di langit lalu malaikat pun bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang hal itu.ng, tetapi tidak dibenarkan oleh Abu Bakar dengan alasan beliau masih memerlukan khidmat Bilal di Madinah. Mungkin Abu Bakar sudah dapat membaca isi hati Bilal yang sangat merindui mati syahid untuk bertemu dengan orang yang sangat dicintainya iaitu Muhammad s.a.w! Ini adalah kerana kewafatan baginda merupakan satu kehilangan yang besar bagi Bilal.

Sekali lagi pada zaman Khalifah Umar, Bilal memohon untuk menyertai angkatan perang islam menentang tentera Rom lalu diizinkan Saidina Umar. Kesempatan itu digunakan oleh Bilal secukupnya , beliau telah membawa isterinya turut sama berperang bersama tentera islam sehingga berjaya menakluki Baitulmuqaddis! Namun apa yang diharapkan Bilal tidak dimakbulkan Tuhan lagi.


Dia berpindah dari Mekah ke Madinah dan orang ramai sentiasa memujuk dan menyuruhnya menjadi tukang azan, namun beliau menolak dengan baik. Saidina Umar dan Saidina Ali juga pernah memujuk Bilal, tetapi Bilal tetap menolak.


Kata Saidina Umar :
“Bilal, adakah kamu seorang saja yang merasa sedih dengan kehilangan Rasulullah s.a.w? Air mata saya juga sudah kering kerana menangis! Jika boleh, saya mahu serahkan nyawa saya ini sebagai gantinya”,


lalu jawab Bilal :
“Wahai Amirul mukminin, kesedihan saya melebihi kesedihan tuan. Tuan lahir sebagai seorang yang merdeka. Berbanding saya seorang hamba. Tuan tidak pernah merasai bagaimana gembiranya seorang hamba apabila dimerdekakan. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w membebaskan kami dari perhambaan. Dia memuliakan saya ketika orang lain menghina saya. Kemudian Rasulullah s.a.w melantik saya sebagai tukang azan. Rasulullah s.a.w juga pernah mengatakan terdengar hentakan sepatu saya di dalam syurga” kata Bilal dengan nada yang sedih dan hiba.


Selepas itu Bilal berpindah ke Syam, penduduk Syam juga meminta beliau menjadi tukang azan tetapi Bilal menolak lalu mereka pun memulaukan Bilal. Akhirnya Bilal membawa isterinya berpindah ke Damsyik setelah penduduk Syam memarahinya. Bila akhirnya wafat pada tahun 20 Hijrah / 641 Masehi di Damsyik dan dikebumikan di Damsyik ketika berumur 63 tahun.



Monday 13 February 2012

siapa sahabat??

asalammaualikum..

alhamdulilah hari ini masih boleh lagi buat coretan bedasarkan apa yang dlam fikiran dan............perasaan!

Hidup di dunia ni kan perlu sahabat untuk berkongsi masaalah suka duka,kalau tiada sahabat mahu kawan dengan siapa???....

kadang-kadang kan bila kita borak-borak pasal masaalah pribadi kita kan ada sahabat yang faham apa masaalah kita tapi ada juga yang sahabat kita cakap "uhhh aku malas nak dengar masaalah kau lah" inikah namanya sahabat! ini bukan sahabat tapi kan boleh jadi musuh ni ^_^(tapi kita kena terima apa yang sahabat kita kata mungkin mereka belum bersedia mendengar curhat isi hati kita JANGAN MUDAH TOUCHING YA..:)

Dalam masa yang sama dia sahabat dia juga yang menyakitkan hati! kan...kan..:)..biasa lah tu dalam persahabatan perhubungan kita tentu ada masanya baik dan ada juga TIDAK! yang paling penting ada kesahafahaman..kalau tiada kesefahaman tu yang kadang-kadang boleh gaduh..cth: kita mahu pergi kantin..sahabat kita mahu pergi tandas tapi dua-dua mahu ikut hati masing-masing.

" seorang muslim adalah saudara muslimnya yang lain ia tidak menzaliminya,merendahkannya,menyerahkan kepada musuh,dan tidak menghinanya (riwayat musim)

Ada saat-saat kan bila kita tengok wajah sahabat kita tenang saja dan tiba-tiba ingat kepada ALLAH SWT dan merasakan dialah sahabat yang terbaik dan dapat mengajar erti kebaikan  dan menasihati agar mengikut semua perintah ALLAH SWT yang perlu dilakukan..

"Teman yang paling baik ialah adalah apabila kamu melihat wajahnya dan kamu teringat akan ALLAH mendengar kata-katanya ,menambahkan ilmu agama,melihat gerak gerinya teringat mati."

Sahabat ni jugak pandai jadikan kita bibik suka suruh-suruh buat itu buat ini..kalau tak buat dia mula marah.paling tak baik sahabat ni suruh kita buat jahat ..jika sahabat kita menyuruh membuat demikian jangan buat! bak kata pepatah melayu " BERKAWAN BIAR SERIBU,BERKASIH BIAR SATU"...kalau kita buat jahat kita dapat dosa free sahabat pun dpat dosa free,,,~_^

Ikutlah sahabat yang benar-benar setia berkawan dengan kita dan sentiasa bersujud kepada ALLAH  kerana jika sahabat itu menyanyangi ALLAH tentu dia akan menyayanggi kita ,kerana dia tahu bahawa peranan sahabat ialah membetulkan mana yang silap..

Ali bin Abi Thalib r.a berkata:

"sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau mencari alasan"


walahualam..SILA BACA WALAUPUN TIDAK BEGITU INDAH..^_^

Saturday 11 February 2012

~mulianya~

Di zaman pemerintahan Saidina Umar, empat orang sahabat Nabi Muhammad telah datang kepada Amirul Mukminin untuk mengadu hal. Mereka adalah Bilal bin Rabbah, Saad bin Abi Waqas, Salman Al-Farisi dan Abu Sufyan, bangsawan Arab yang sangat terkenal. 
Apabila Saidina Umar membuka pintunya untuk tetamunya, beliau memanggil Bilal dahulu, setelah selesai urusannya dengan Bilal beliau memanggil Saad dan seterusnya Salman Al-Farisi. Akhir sekali adalah Abu Sufyan.
Dalam diam, Abu Sufyan berasa marah kerana beliau adalah orang yang terakhir dipanggil dan terpaksa menunggu lama. Padahal seluruh tanah Arab tahu bahawa beliau adalah dari golongan bangsawan yang kaya lagi mulia di tanah Arab pada ketika itu. 
Setelah bertemu Saidina Umar, Abu Sufyan telah mengadu halnya kepada Saidina Ali. "Mengapa Bilal si hamba yang hitam itu terlebih dahulu dipanggil oleh Umar? Tidakkah Umar mengetahui bahawa akulah yang lebih mulia? 
Saidina Ali menjawab, "Semasa Israk Mikraj Nabi Muhammad ke langit, Rasulullah terdengar bunyi tapak kaki". Rasulullah bertanya kepada Jibrail, "Bunyi tapak kaki siapakah itu wahai Jibrail". Jibrail menjawab, "Itulah bunyi tapak kaki Bilal di dalam Syurga". 
Dengan tenang Saidina Ali bertanya Abu Sufyan, "Adakah Rasulullah mendengar bunyi tapak kaki mu wahai sahabatku". Abu Sufyan hanya mampu mengelengkan kepala. "Sebab itu Bilal lebih mulia dari kamu!". Saidina Ali menambah. 
"Bagaimana pula dengan dengan Saad bin Abi Waqas, bukahkah di cuma seorang anak kepada hamba?" kata Abu Sufyan yang masih tidak berpuashati dengan Saidina Umar. 
Saidina Ali berkata, "Takkala ibu Saad mengetahui tentang pengislaman Saad, ibunya telah berasa malu dan memberi tahu Saad yang beliau tidak makan dan minum sehinggalah beliau meninggalkan ajaran Nabi Muhammad". 
Saidina Ali menyambung, "Pada hari keempat, Ibu Saad sudah nazak dan sekali lagi mengugut Saad". Saad menjawab,"Wahai ibuku, sekiranya ibu mempunyai 1000 nyawa sekali pun, dan setiap kali dicabut, saya tetap tidak akan meninggalkan Islam". 
Saidina Ali bertanya kepada Abu Sufyan, "Adakah kamu mengalami apa yang dialami oleh Saad bin Abi Waqas?". Abu Sufyan berkata, "Tidak". 
"Salman Al-Farisi! bukankan beliau cuma pendatang dari tanah Parsi?". Tanya Abu Sufyan yang masih belum berpuashati. 
Saidina Ali bercerita, "Sebelum Salman memeluk Islam dan tinggal ditanahairnya, beliau berkawan dengan seorang pendeta Yahudi, Pendeta itu memeberitahu Salman, akan lahir seorang nabi selepas Nabi Isa bernama Ahmad". 
Dalam pencarian untuk bertemu Nabi Muhammad, Salman bertemu lagi dengan seorang pendeta Yahudi. Kali ini pendeta yahudi itu memberi tahu Salman tentang lahirnya seorang yang mengaku nabi di tanah Arab. Pendeta itu menambah, "Nabi ini tidak menerima sedekah tetapi menerima hadiah dan di belakang badannya terdapat tanda kerasulannya, tanda yang bertulis, 'Khatamul Ambia'".
Lalu Salman Al-Farisi telah pergi ke Mekah dan setibanya di Mekah, beliau melihat nabi Muhammad sedang mengajar para sahabat. Di akhir pengajaran, Salman telah berjumpa nabi Muhammad dan memberi sedikit sedekah. Nabi Muhammad menerimanya dan mempelawa sahabat lain makan pemberian Salman tanpa disentuh sedikit pun. 
Pada keesokkan harinya, Salman sekali lagi melakukan perkara yang sama, tapi kali ini disebut sebagai hadiah. Lalu Nabi Muhammad mempelawa semua sahabat makan bersamanya. 
Melihat hal yang demikian, tanpa berlengah lagi, Salman terus ke belakang Nabi, menyingkap bajunya dan terus beliau mencium tanda kerasulan yang terdapat dibelakang badan Nabi Muhammad. Rasulullah berkata, "Siapa yang mencium tubuhku, beliau telah mencium bau syurga". 
Saidina Ali bertanya kepada Abu Sufyan, "Pernahkah engkau mencium bau syurga?". Abu Sufyan hanya mampu menundukkan kepalanya. Kini tahulah dia bahawa, keturunan dan hartanya tidak sekali-kali meletakkannya tinggi disisi Allah. Allah hanya melihat keimanan dan ketakwaan manusia. 

Saturday 4 February 2012

berdosa??

Assalamualaikum..
~sekadar perkongsian bersama~

“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”

I’m so confused...
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?

Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

Anak: *blur

Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.

Anak: Ooooooo... Ook...

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.

Anak: *termakan cili

So, the conclusion is... Jangan mudah terasa hati...
Maknanya kita tak redha dengan Allah...
Nanti Allah pun tak redha dengan kita... Na’uzubillah.

P/s: "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu... Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."

Wednesday 1 February 2012

seorang wanita yang sabar..

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Di waktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. “Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain ia pasti kerana wanita itu tidak pernah risau dan bersedih hati”, katanya.
Wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, “Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan tiada seorang pun yang mengetahui hal ini.
Abu Hassan bertanya, “Bagaimana hal yang merisaukanmu?” Wanita itu menjawab, “Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, ‘Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing?’” Jawab adiknya, “Baiklah kalau begitu.”
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelih leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana dia telah dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua.”
Lalu Abul Hassan bertanya, “Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?” Wanita itu menjawab, “Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka.”
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan teladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi: “Tidak ada balasan bagi hambaKu yang mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya.