Thursday 26 January 2012

Tiga perkara yang perlu disegerakan...
Sabda Rasulullah saw, 



Maksudnya : "Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan. Yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga : anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya”.

Dalam hadis ini Nabi saw menyatakan ada tiga perkara jangan di lengahkan. Yang pertama apabila telah masuk solat, maka bersegeralah menunaikannya


Dalam sebuah hadis dari Abdullah bin Mas'ud r.a, seorang sahabat telah bertanya Nabi saw :-


Maksudnya : "Amalan manakah yang paling utama? Nabi saw menjawab : Bersolatlah pada waktunya. Aku berkata : kemudian apa? Nabi bersabda : berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa. Aku berkata : kemudian apa lagi?. Nabi bersabda : berjihad dijalan Allah" ( HR Bukhari)

Para ulama sepakat menyatakan hukumnya adalah HARAM bagi seseorang yang melewatkan solatnya sehingga habis waktu, tanpa sebab-sebab yang dibenarkan oleh syara' seperti seseorang yang berniat untuk melakukan jama' takhir ketika bermusafir atau terlalu letih atau tertidur dan sebagainya.

Namun begitu bagi mereka yang mahu melewatkan solat atas alasan seperti yang dinyatakan tadi, janganlah sampai melakukannya di dalam waktu yang diharamkan seperti menunaikan solat Asar sewaktu matahari sudah kuning-kuningan.

Yang kedua, Nabi saw menyuruh kita agar s
Yang kedua, Nabi saw menyuruh kita agar segera mengkebumikan jenazah iaitu apabila jenazah itu telah selesai dimandi, dikafan dan di sembahyangkan. 
Maksudnya : "Hendaklah kamu segera mengkebumikan jenazah(mayat), jika jenazah itu baik kamu mendekatkan dia kepada kebajikan, dan jika jenazah itu tidak baik bererti kamu melepaskan kejahatan daripada tengkok kamu". (Muttafaqun Alaihi)

Dan yang ketiga, Nabi saw menyuruh agar ibu bapa yang mempunyai anak gadis supaya menyegerakan pernikahannya jika sudah ada orang yang sekufu meminangnya. Ia bertujuan untuk mememilhar dirinya dari maksiat dan fitnah.

Kalau hendak diikat dengan tali pertunangan, janganlah memakan masa yang lama sehingga dua, tiga atau empat tahun kerana bimbang akan berlaku sesuatu yang tidak elok seperti maksiat dan sebagainya. Paling baik ikatan pertunangan hanya memakan masa enam bulan atau setahun.








No comments:

Post a Comment